Dalam meniti hidup ini, seseorang tak akan lari dari ujian dan cabaran yang mendatang. Bagi orang-orang yang sabar, ia akan mendapat ganjaran yang hebat disisi pengujinya...
Semoga Allah berikan aku kekuatan dan ketabahan secara terus-menerus agar aku tidak mudah mengalah dan melatah sehingga aku mengulangi kesilapan dulu yang tak mungkin dapat dimaafkan.
Tuhanku, pada sapa lagi dapat aku luahkan isi hati ini? Aku benar-benar kaget. Aku terasa bagai terlalu mentah untuk menghadapi hidup ini namun aku sendiri tidak sedar bahawa aku sudah menghampiri angka 25 tahun tak lama lagi. Aku berasakan kesedihan ini kadangkala terlalu mencengkam jiwa. Sehingga apa-apa yang aku lakukan serba tidak kena. Tuhan, mungkin adalah kerana iman ku yang terlalu rapuh ini membuatkan aku lemah menjalani ujian Mu ini.
Tuhanku, sudikah Engkau mendengar luahan hatiku ini...pada siapa harus aku luahkan...sudikah dikau Tuhan....
kubimbangi seandainya tiada lagi buatku hari bernama esok....
Monday, February 15, 2010
Hati yang menjauh
Posted by siti norazyla at 10:19 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment