Dalam meniti hidup ini, seseorang tak akan lari dari ujian dan cabaran yang mendatang. Bagi orang-orang yang sabar, ia akan mendapat ganjaran yang hebat disisi pengujinya...
Semoga Allah berikan aku kekuatan dan ketabahan secara terus-menerus agar aku tidak mudah mengalah dan melatah sehingga aku mengulangi kesilapan dulu yang tak mungkin dapat dimaafkan.
Tuhanku, pada sapa lagi dapat aku luahkan isi hati ini? Aku benar-benar kaget. Aku terasa bagai terlalu mentah untuk menghadapi hidup ini namun aku sendiri tidak sedar bahawa aku sudah menghampiri angka 25 tahun tak lama lagi. Aku berasakan kesedihan ini kadangkala terlalu mencengkam jiwa. Sehingga apa-apa yang aku lakukan serba tidak kena. Tuhan, mungkin adalah kerana iman ku yang terlalu rapuh ini membuatkan aku lemah menjalani ujian Mu ini.
Tuhanku, sudikah Engkau mendengar luahan hatiku ini...pada siapa harus aku luahkan...sudikah dikau Tuhan....
kubimbangi seandainya tiada lagi buatku hari bernama esok....
Monday, February 15, 2010
Hati yang menjauh
Posted by siti norazyla at 10:19 AM 0 comments
Lembutkan hatiku Tuhan.......
Ya Latiff....ya latiff....ya latiff....ya latiff...Allah Ya Latiff....Latiff....anta Allah....maujud La illahaillallah....
Tuhan, tolong lembutkan hatiku yang semakin mengeras ini. Jiwa yang semakin jauh dengan ruh Mu. Aku telah melakukan banyak perkara dosa kerana aku leka dengan nikmat dunia. sejak akhir-akhir ni selalu solat diakhir waktu. mengapa ini terjadi? dimana halawatul iman yang sepatutnya menjadi santapan rohaniku disaat-saat ini....qiraatil quran?lama dah tak amal. kadang-kala aku terkenang, penat sangatkah menjadi seorang guru? dengan gaji RM70 sehari. balik pun awal pukul 2.00 dah cabut. dimana penatnya? dibandingkan dengan kerja sebagai seorang pelayan restoran yang hanya dibayar rm25 sehari plus waktu kerja 12 jam berdiri tanpa henti. penat tuh. jadi, dimana penatnya seorang guru? aku confuse...
dan ini seriusly telah membuatkan aku terkena balasan sampingan mencuaikan hak dan perintah Tuhan sebagai khalifah dimuka bumi nih. iaitu tiada ketenangan dan kedamaian yang aku kecapi saat ini. aku sentiasa dilanda resah gelisah, bimbang dan takut. entah mengapa aku rasa sangat jauh dengan rahmat Allah. kerana itu aku mohon secebis ihsan dariMu Tuhan....amuni daku...kasihi aku...sebagai makhlukMu yang lemah dan tiada berdaya ini....walau jasadku kuat, hebat dan berkemampuan, namun rohaniku sengsara kerana tercari-cari sakinah, mawadah wa rahmah itu.
Tuhan bantu aku, pimpinlah daku menuju siratMu...menuju redhaMu....
Posted by siti norazyla at 3:54 AM 0 comments
Friday, February 12, 2010
Hanya ada 3 hari saja lagi....
Ya, 3 hari je lagi untuk aku mengajar di SKL. Di sekolah tadi, tiba-tiba hatiku sayu tatkala memandang wajah anak-anak muridku seorang demi seorang walaupun hari ni kelas Tahun 1 Saturn kene denda ngan aku sebab tak bawak buku Iqra' 1. Aku mengamuk denda dorang berdiri sampai balik. ada la dalam 45 minit gak dorang kena berdiri. Niat aku cuma nak bagi dorang take serius apa yang aku arahkan. Tak lebih dari itu.. Lebih dari itu hanyalah kasih sayang aku yang sudah bercambah sekian lama terhadap mereka.
Hampir aku menangis dalam sedu melihat anak-anak muridku tadi. Kerana mereka sangat kecil, comel dan manja. sangat manja...........huhuhu mula dah ni nak nangis.... Namun beginilah adat dunia. Setiap pertemuan pasti adanya perpisahan.......
Aku pasti akan merindui mereka...pasti...akan teringat wajah-wajah jernih yang suci tanpa dosa seperti kain putih yang belum tercorak. Tuhan, tabahkanlah hatiku untuk melepaskan mereka dari pelukanku.....
By the way, esok nak ke JB ziarah ummi. Tumpang tido semalam. Dah bagi tau abang tadi, nasib baik abang takde kat rumah sekarang. Kalau tak segan jugak. Tapi kalau ada pon, akanku pegi jugak dengan niat ziarah ummi. Dah 2 kali ummi masuk wad, aku sekali pon tak pernah ziarah. Takpelah, kali ni aku niatkan menziarahi pesakit....lagipun bukan sapa2 pun...ummi aku jugak.....
Alam Pertunangan yang penuh cabaran
Maafkan sayang ye abang, if sayang tak memahami abang. Abang senyap, sayang pun terpaksa senyap. Seakan tiada jalan penyelesaian jika terus senyap begini. Rupanya jiwa abang terlalu sensitif dan lembut orangnya. Maafkan sayang kerana sayang ni kasar orangnya. (Pas ni kena belajar jadi isteri yang sopan santun, lemah-lembut dan baik)
Dan aku merasa setiap saat yang berlalu adalah cabaran. Entah kenapa hidup ini penuh dengan cabaran. (kalau nak senang, tak payahlah bergelar manusia a.k.a Mukmin)
Posted by siti norazyla at 7:55 AM 0 comments